Hari ni masak asam rebus ikan siakap maklumla dah jemu makan siakap tiga rasa so ummi cubala resepi baru.
Bahan-bahan
Bahan A
6 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
1/2 biji Bawang besar
10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas guna cili api)
1 Inchi Lengkuas
1 inchi kunyit hidup
1 biji Tomato
1.5 liter air
Bahan B
1 biji tomato dibelah 4
3 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping
1 biji timun
1 ekor ikan siakap
sedikit garam & gula
bahan-bahan yang diperlukan
Kemudian kisar semua bahan-bahan A dan masak sehingga mendidih selepas kuah mendidih masukkan bahan-bahan B
Dah siap sedia untuk dihidang. senangkan?
okey itulah resepi 5S Ummi. Simple, sedap dan sihat kerana tidak menggunakan santan.
Apa kata korang cuba lepas tu apa lagi komen la..