Halaman

Rabu, 24 April 2013

Doa Pelembut Hati & Pendinding Diri

doa melembutkan hati


Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam.
 
Terima kasih captain kerana tak kedekut ilmu

Doa Murah Rezeki






Ya Allah Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit,
 maka turunkanlah ia,
dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah ia,
dan jika sukar maka mudahkanlah ia,
jika haram maka sucikanlah ia,
jika masih jauh maka dekatkanlah ia,
Ya Allah! Limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana 
rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada 
hamba-hambaMu yang soleh.

Amin! Ya Robbal'alamin

Bacalah doa ini setiap kali selepas solat Insha Allah akan murah rezeki

Peringatan Untuk Para Pengundi !!!!!

 PERINGATAN!!

"Undi anda adalah dianggap sebagai batal dan tidak sah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati ada tanda pada kertas undi selain daripada tanda-tanda yang perlu (iaitu tanda PANGKAH) untuk membuang undi.

Pada PRU ke-13 ini, pegawai SPR akan menandakan jari telunjuk kiri anda dengan dakwat kekal sebelum anda membuang undi anda. Sila berhati-hati dengan kertas undi anda agar dakwat basah di jari telunjuk kiri anda TIDAK mengotorkan dan memberi tanda pada kertas undi anda. Sila bantu untuk mengingatkan rakan-rakan anda, keluarga anda, warga-warga emas dan pengundi kali pertama."

TOLONG SHARE KPD KAWAN2 YG BAKAL MENGUNDI NANTI

Adib Yang Macho

Anak Ummi yang sorang ni suka sangat bergaya kalau nak gi sekolah pagi-pagi mesti nak mandi dan berbedak dulu kasi wangi. Rambut pulak mesti pacak. Tak kesahla kejutkan dari tido pukul 6 pagi pun tapi mesti nak mandi dulu. Nanti kat sekolah mandi lagi. Kalau hari cuti setiap kali buang air mesti mandi. Rasanya setiap jam mesti mandi. Kalau pakai baju nak yang baru je. Tak pela Adib Ummi suka anak Ummi bergaya dan sentiasa wangi dari selekeh dan susah nak mandi.

Selasa, 23 April 2013

Rezeki Kaki Pancing

Balik opis semalam suami tak ada pelik juga. Biasanya bila Ummi balik opis suami dah ada lagipun semalam suami off duty. Ummi tepon rupanya dia gi mancing balik dah nak maghrib. Bukan main lagi suruh tangkap gambar kat pintu masuk bukti pegi mancing. Lumayan juga hasil hari ni. Dapat 3 ekor siakap setiap ekor dalam 1kg lebih bolehla masak 3 rasa atau buat stim rezeki... jimat belanja dapur minggu ni.


Terima Kasih Cikgu Bedah

 Minggu ni merupakan minggu terakhir cikgu Bedah kerja kat Taska Sri Insan tempat Adib dan Adam sekolah. Yang sedihnya bukan anak-anak tapi Ummi yang sedih sebab susah nak cari pengasuh taska yang jaga anak kita dengan baik. Cikgu Bedah akan balik ke kampung halamannya di kedah. Semalam cikgu bagi hadiah baju untuk Adib & Adam. Malam tadi diaorang tido pakai baju baru. Seronoknya dapat hadiah dari cikgu.

Sayangilah anak-anak kita

Janganlah menganggap anak-anak kita itu suatu beban kerana anak-anak kita adalah amanah dari Allah. Karenah anak -anak kita pada hari ini adalah masa silam kita. Mungkin anak- anak mewarisi perangai kita semasa kita kecil

Jangan pula membenci orang lebih tua kerana orang tua itu adalah masa depan kita

Isnin, 22 April 2013

Aiskrim Kasta

Lunch tadi Ummi pergi bank. Balik bank singgah makan kat My Asam Pedas Linda Onn kat Ampang ala dekat dengan TESCO AMPANG tu. Kita orang masakan set lunch asam pedas. Harganya okla 1 set RM8.90. Tapi yang kita orang terasa ati sikit ada ke bagi aiskrim kasta kat kita orang satu dalam bekas dadih satu lagi dalam gelas. Terasa tau kecik ati. Nak kata set lain kita orang ambil set sama je. Kalau tanya pendapat Ummi memang tak di recommendkan untuk singgah kat sini. Ummi bagi 2 star je untuk restoran ni.

Ahad, 21 April 2013

Berhati-hati Semasa Menghantar Anak Ke Taska

Semasa hantar anak pagi tadi cikgu taska ada bagitau jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta. Kalau nak hantar dua anak pastikan kedua-duanya dihantar sekaligus sebabnya kalau nak jadi sekelip mata je. Minggu lepas cikgu sekolah tu kena ragut padahal gelang yang dipakai halus je bak orang kata sebesar janggut udang je. Tapi nasib baik gelang tu selamat selepas bergelut dengan peragut tu . Minggu sebelum tu pulak parent yang nak hantar anak. Masa tu lebih kurang pukul 4.30 petang keadaan sunyi. Mula-mula tu penyamun tu pura-pura tanya arah jalan, lepas kakak tu tunjuk jalan ternampak gelang apa lagi nak rampasla. Kakak ni pun nasib baik juga sempat berlari masuk ke dalam kereta. Trauma jugala nak balik rumah.

Jadi pesanan Ummi sebelim hantar anak tu tengok sekeliling dulu sebelum keluar dari kereta sebabnya penjenayah ada dimana mana

Adam dah Pandai Duduk

Adam oh Adam mentang-mentangla dah pandai duduk posing maut kat Ummi. Bab tu yang Ummi tak boleh tahan tu

Khamis, 18 April 2013

Klinik Multidiscipline????

Adakah klinik ini dibuka untuk orang-orang yang tiada disiplin? Oooh tidak sebenarnya klinik ini merupakan klinik yang merawat pesakit yang berkaitan mental,  psikologi, psikiatri kanak-kanak & remaja, pemulihan cara kerja dan masalah pertuturan.

Makanan Kegemaran Rasulullah




Hari ini Ummi nak kongsi makanan kegemaran Rasulullah


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Terima kasih Kak Niza atas perkongsian ini.

Adakah Rumpai Laut Menyebabkan Mengantuk?


Minggu lepas kawan kat opis sibuk dok cerita pasal khasiat rumpai laut, Ummi pun cubala juga masalahnya selepas makan rumpai laut tu Ummi jadi mengantuk sangat- sangat sampai tak boleh buat kerja. Mata ni melekat macam kena gam. Adakah makan rumpai laut akan menyebabkan mengantuk? Kawan-kawan cakap kalau kita mengantuk lepas makan rumpai laut tu tandanya kita banyak toksin. Betul ke? 

Fakta Pilihanraya



Ahli Parlimen Wanita pertama adalah Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim (lahir 25 Disember 1924-9 Januari 2010) ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia antara 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973 serta wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia. Suaminya adalah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf pernah menjadi Peguam Negara dan Menteri Kehakiman.
  • Beliau dilahirkan di  Parit Kurma, Muar Johor, Beliau Fatimah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar,
  • Beliau pernah menjadi guru
  • Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun.
  • beliau adalah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.
  • Beliau juga merupakan tokoh dan juga pengasas Hari Wanita di Malaysia yang disambut pada 25 Ogos setiap tahun, satu perayaan yang kekal disambut sehingga sekarang.
Beliau meninggal dunia pada 9 Januari 2010, jam 11.35 malam dalam usia 85 tahun kerana sakit tua. Jenazah dikebumikan di Masjid Negara di sebelah pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf iaitu bekas Peguam Negara Malaysia dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara. Beliau adalah wanita pertama yang dikebumikan di  Makam Pahlawan.

Rahsia Surah Al-Fatihah

Hari ini Ummi nak kongsi rahsia surah Al-fatihah untuk kawan-kawan




1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Selasa, 16 April 2013

Adam Boleh Simpan Rahsia Tak?

Cepat-cepat letak cili kering
Periuk selepas disental dengan sepenuh tenaga
Adam senyum je... bila suruh simpan rahsia boleh caya ke?

Alkisahnya sebelum buka laptop Ummi panaskan dulu nasi, lepas tu leka dengan internet terus lupa..... sehingga la  ada terbau macam benda hangit. Tapi sebab confident sangat tak ada masak apa-apa Ummi pun biarlah sambil dalam hati berkata "apalah jiran sebelah ni masak nasi sampai hangit". Sekali bau tu dah menusuk-nusuk hidung macam dekat je barulah Ummi teringat yang tadi panaskan nasi. Orang tua-tua cakap kalau nak hilangkan bau hangit masukkan cili dalam nasi. Apa lagi cepat-cepatla letakkan cili takut hubby tau. Kalau hubby tau periuk dia jadi macam ni habislaa... Ummi ada cakap dengan Adam jangan bagitau Abah tapi dia senyum je.. Agak-agak Adam boleh simpan rahsia tak?

Seronoknya Adam Dapat Car Seat Baru




Wajah-wajah ceria Adam bila dapat car seat baru

Setelah sekian lama Adam tak ada car seat akhirnya dapat car seat  baru seronoknya bukan main lagi. Tapi sayangnya abang si Adib pulak yang jeles siap nangis-nangis lagi. Sian Adib dapat tengok je adiknya duduk atas Car seat terpaksala mengalah dah Abang Long kan...

Ahad, 14 April 2013

Ikan siakap stim

Hari ni Ummi masak menu siakap stim. Request daripada cik hubby. dah lama tak masak stim. Maklumla dah lama cik hubby tak mancing. Kira berbaloi jugala masak stim hari ni sampai licin cik hubby kerjakan puas hati betul la .

Disini ummi nak kongsi resepi ikan siakap stim ala kelantan tu.

Bahan-bahannya:-
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi lengkuas
1 kuntum bunga kantan
1 batang carrot
6 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
1biji limau nipis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 biji tomato
6 biji cendawan
3 batang serai
1 cawan air

cara-caranya:-
Letakkan ikan dalam kuali kemudian taburkan semua bahan-bahan di atas ke atas ikan kemudian masak hingga mendidih dengan api perlahan. last sekali perah asam limau sebelum dihidangkan.

Sabtu, 13 April 2013

Menu Hari ini

Menu hari ini biasa biasa saja. Kebetulan cik suami nak makan ikan singgang. Ok juga tu, ummi pon dah lama tak makan ikan singgang. Biasanya kalau tringin nak makan singgang kita orang akan pergi ke Chow Kit. So menu hari ini adalah selera kampung tapi sedap. Mmm tambah dengan ulam, budu dan ikan masin mak mertua lalu belakang pun tak sedar tu. Tapi kalau lalu sebelah depan sedarla.

Hari ini ummi nak kongsi resepi ikan singgang yang sangat simple itu

3 ekor ikan
3 ulas bawang putih
1 inchi lengkuas
3/4 liter air
2 asam keping
5 biji bendi
2 biji cili besar
sedikit garam

Caranya adalah masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kemudian masak sehingga mendidih. Lepas tu siap untuk dihidang.

**** hidangan untuk 2-3 okrang

Jumaat, 12 April 2013

Khasiat Rumpai Laut

 Proses Merendam

 Masak dengan daun pandan

Siap untuk disimpan dalam peti ais

Ewah...ewah... semenjak dua menjak ni semua orang duk sibuk cerita pasal khasiat rumpai laut. Dalam banyak-banyak khasiat tu ada satu yang Ummi sangat tertarik iaitu aet muda. Apa lagi Ummi pun cubala juga sapa tak nak awet  muda dan kulit anjal kan?

Memandangkan baunya bolehla tahan so Ummi masak dengan daun pandan. Kira 100gm air + 1.5 liter air dan 5-7 helai daun pandan. Dah masak tu simpan dalan freezer nanti jadi macam jeli. Sedap di makan dengan air buah. 

Khasiat rumpai laut ni banyak antaranya:-


-Menurunkan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi proses penuaan seperti kulit muka berkedut
-Mengurangi selulit atau lemak berlebihan
-Memberikan tenaga
-Melancarkan peredaran darah
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser atau barah
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman, merawat gastrik
-Anti bakteria
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas punca penyakit
-Menberikan rasa kekenyangan kerana kaya dgn serat (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit atau buasir)



Khamis, 11 April 2013

Tips Jimat



Seronoknya Adam sampai meleleh-leleh air liur

Hari ini Ummi nak kongsi tips untuk berjimat bagi ibu-ibu atau bakal ibu yang tercari-cari car seat untuk anak mereka. Disini Ummi cadangkan supaya ibu-ibu gunapakai je apa yang dah ada seperti bakul kain empat segi kemudian alasla dengan bantal lepas tu tilam kecil. Budget tak sampai RM50. Nah dah siap car seat yang spesel untuk anak-anak anda. Lepas tu ikatla bakul tu dengan tali pinggang keledar. Car seat macam ni tak ada kat pasaran tau. Kalau nak cantik tambah la reben sikit.

****Car seat RM139-RM399

Amaran!!!

Tips ini tidak sesuai untuk orang yang jaga standard, bayi yang dah boleh berdiri dan untuk perjalanan yang jauh. Hanya sesuai untuk dekat-dekat sahaja.


Kenapa Asyik Hujan Kebelakangan Ini?


Semasa Ummi balik opis semalam hujan sangatla lebat pandangan amatla terhad . Biasanya pukul 6.15 Petang dah sampai rumah tetapi semalam pukul 7 lebih baru sampai rumah. Tau tak kenapa KL asyik hujan kebelakangan ini? 

Fenomena ini berlaku disebabkan perubahan angin Monsun Timur Laut yang berlaku pada bulan November hingga  Mac ke Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei hingga September. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Perubahan cuaca pada masa ini dengan panas pada waktu pagi dan hujan lebat serta petir pada sebelah petang dan malam, adalah berikutan angin peralihan monsun baru bermula, fenomena itu dijangka berlarutan sehingga awal Mei menggantikan angin monsun timur laut yang baru tamat Mac lalu.

Oleh itu nasihat Ummi :-
  • Sentiasa peka dengan perubahan cuaca bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
  • Sediakan payung sebelum hujan tapi kalau dah ribut petir macamana ye? tunggu lah sampai hujan berhenti


Rabu, 10 April 2013

Sejarah PRU-13


Pilihanraya Umum Ke-13 merupakan Pilihanraya Umum yang ke-13 selepas merdeka. Pilihanraya pertama bermula pada tahun 1959. Pilihanraya Umum yang telah berlaku dalam negara kita adalah sebagaimana berikut:-

  • PRU-1 - Tahun 1949 - jumlah kerusi Parlimen104
  • PRU-2 - Tahun 1964 - jumlah kerusi Parlimen104
  • PRU-3 - Tahun 1969 - jumlah kerusi Parlimen144
  • PRU-4 - Tahun 1974 - jumlah kerusi Parlimen154
  • PRU-5 - Tahun 1978 - jumlah kerusi Parlimen154
  • PRU-6 - Tahun 1982 - jumlah kerusi Parlimen154
  • PRU-7 - Tahun 1986 - jumlah kerusi Parlimen177
  • PRU-8 - Tahun 1990 - jumlah kerusi Parlimen180
  • PRU-9 - Tahun 1995    - jumlah kerusi Parlimen192
  • PRU-10 - Tahun 1999  - jumlah kerusi Parlimen193
  • PRU-11 - Tahun 2004  -jumlah kerusi Parlimen219
  • PRU-12 - Tahun 2008 - jumlah kerusi Parlimen 222
  • PRU-13 - Tahun 2013 - jumlah kerusi DUN 576 , Parlimen 222

PRU-13


Demam pilihanraya telah terasa, jadilah pengundi yang bijak. Sebanyak 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi, termasuk mereka yang menetap diluar negara. Daripada jumlah tersebut 12,992,661 pengundi biasa, 161,251 tentera dan pasangan, 111,136 polis dan pasangan dan 2,954 adalah yang menetap diluar negara. Hampir 50 peratus adalah wanita. Apa lagi wanita-wanita sekalian tunaikanlah hak anda sebagai pengundi.

Penamaan calon 20 April, pengundian 5 Mei: SPR

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MEMBUANG UNDI?



Hari penamaan calon jatuh pada 20 April, iaitu Hari sabtu, Pengundian pula jatuh pada 7 Mei 2013 iaitu hari Ahad. Kepada  semua warga Malaysia yang layak mengundi tu pulang lah ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Buatlah pilihan bijak, undilah parti yang boleh membela nasib kita...

180,000 pemegang saham FGV terima dividen Julai

Pekan: Sebanyak 180,000 pemegang saham FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan menerima dividen kali kedua yang akan dibayar awal Julai ini.

Peneroka terbabit menerima dividen interim pertama, November tahun lalu.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata dividen 8.8 sen sesaham itu akan dibayar kepada peneroka selepas mesyuarat agung FGV pada 28 Jun ini, genap setahun selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.


Dapat hingga RM500

Setiap peneroka bakal memperoleh dividen antara RM400 hingga RM500 seorang melalui pegangan 800 unit saham.

Pemberian dividen ini menunjukkan penyenaraian FGV memberi pulangan lumayan kepada warga peneroka seterusnya dapat meringankan beban mereka, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga FELDA Gugusan Chini di Pusat Latihan FELDA di sini, kelmarin.

Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham.
Ini bermakna peneroka FELDA sudah memperoleh manfaat daripada pelaburan selepas FGV disenaraikan, katanya.

Jangan terpengaruh

Sementara itu, Isa meminta warga FELDA tidak terpengaruh dengan pembohongan PAS mengenai isu berkaitan hak mereka kerana ia hanya gimik meraih undi menjelang pilihan raya.

Dakwaan dan tuduhan pemimpin mereka terhadap FELDA sebenarnya hanya bermotif politik dan bukan untuk membela nasib golongan peneroka, katanya.

Sumber : Berita Harian, 10 April 2013

Selasa, 9 April 2013

Pengajaran Dan Pelajaran Hari Ini


Inilah no giliran Ummi yang kedua


Mak oi ramainya yang menunggu

Alkesahnya hari ni nak gi buat visa untuk ke China, plan bukan main cantik lagi kononya sebelum pukul 10.30 pagi dah balik. Sampai je kat Plaza OSK tempat orang buat visa ke China tu dah pukul 9 pagi. Orang dah mula beratur so Ummi pun joinla dapat no 0018, bilangan menunggu 6 orang memang cun la. Sekali banyak lagi benda yang Ummi tak isi dalam borang tu dah la ramai yang nak pergi. So sementara menunggu no giliran tu isila mana yang patut,  sekali bila dah siap isi borang no dah terlepas terpaksala beratur lagi untuk ambil no giliran baru. Sebenarnya borang dah lama amik online. Padan muka suka sangat buat keje last minit. Masa tu dah pukul 9.53 pagi tak dapatla balik awal dapat pulak no 0062 bilangan menunggu 22 orang. Dah buang masa kat sini. Tapi nasib baik service kat sini cepat so tak dela menunggu lama sangat. Pukul 11 pagi dah siap. Kalau servis pulak lembab mau kena amik cuti satu hari ni.

Moral of story: - Jangan suka buat kerja last minit, jangan dah sampai kat kaunter baru nak isi borang.




Sesuaikah Dipakai dengan Kebaya?

Kasut ala-ala K-Pop gitu

Hari ni Ummi pergi Jalan-jalan kat KL, kebetulan pulak kasut yang biasa pakai tu dah kena curi so, pakaila selipar tumit tinggi (itu je yang ada) naik turun LRT . Paham-paham aje la dari LRT Pandan Jaya nak ke hentian Ampang Park tu berapa banyak nak kena panjat anak tangga. Nak dijadikan cerita sakit kaki pulak so sampai je kat Ampang Park tu pusing2 la dalam tu kononya nak beli kasut barula yang selesa dipakai untuk berjalan-jalan . Maka jumpala satu kedai kasut yang jual kasut macam dalam gambar tu.

Ummi tanyala adik tu "sesuai tak kalau kasut ni dipakai dengan Kebaya?" Dengan terkejut badak adik tu cakap biar betul kak?" sambil mengerutkan muka dengan perlahan adik tu cakap "kalau pakai dengan baju kurung ok kot". Sebenarnya ummi tau adik tu saja je nak ambil hati ummi sebab takut kasutnya tak laku.


Moral of story : kalau nak pakai kasut tu biarlah sesuai dengan pakaian jangan suka-suka hati je 

Senyum jangan kata apa-apa


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Isnin, 8 April 2013

Sekadar Renungan

Sekadar Renungan untuk kita semua termasuk Ummi



Cintailah orang yang engkau 
kasihi sekadarnya belaka,
Barangkali ia akan menjadi 
orang yang engkau benci 
suatu hari kelak,
Juga bencilah terhadap orang yang
engkau benci sekadarnya saja,
Barangkali ia akan menjadi
 orang yang engkau kasihi
 pada suatu hari nanti


*** sorry la gambar tak berapa memuaskan

Khamis, 4 April 2013

Doa Untuk Kaki Pancing

Makluman untuk kaki pancing dan nelayan !!!

Hari ini Ummi nak kongsi doa untuk memancing supaya korang gi mancing tu tak de la balik tangan kosong. Sebelum korang gi mancing ke gi ke laut ke bacalah

Surah AN Nahl: Ayat 14





MaksudNya

Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.

Sambil-sambil tu berserahlah kepada Allah semoga hari tu rezeki lumayan.

 so dapatla buat lauk

He he he