Halaman

Jumaat, 31 Mei 2013

Terima kasih Kak Ros

Tak sangka pagi tadi k.ros datang bisik2 dengan Ummi rupanya nak bagi gift dari korea. Mmm cantiknya secantik orang korea. Mengikut cerita K.ros orang Korea cantik-cantik macam dalam drama tv tula tak kirala keje apa pun. Setiap kali naik keretapi pasti beliau akan melihat orang korea yang hensem dan comel. Katanya perjalanan kesana selama 4 hari sangat menyeronokkan tapi matawang tinggila sikit berbanding China. Entah bila la Ummi nak sampai ke sana ye. Doa-doala murah rezeki boleh melawat Korea pula.

Khamis, 30 Mei 2013

Kenapa akak tekan tak dapat?

Mmm selamat hari Jumaat untuk semua. Hari ni hari Jumaat semua berwajah ceria. Ada cerita disebalik keceriaan gambar kami ni. Sebenarnya kami minta tolong sorang kakak kat pejabat kami yang snap gambar kami ni. Beberapa kali dia snap tapi tak berjaya, tukar HP lain pun tak berjaya juga rupa2nya dia tekan button back patutla asyik tak jadi je. Hasilnya mcm nila wajah ceria kami yang tahan gelak .

Khamis, 23 Mei 2013

Akhirnya......

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Hari ni kami akan ke Guangzhou tak sabar nak tengok bumi China ni macamana la suasana negara orang ni. Ada nasi ke tak, makanan kat sana boleh masuk tekak ke tak? Macam dok pikir. Tapi tak pe kita orang bawa banyak stok makanan siap ada keropok, mee segera dan nasi goreng segera.

Saje snap gambar dalam teksi

Rabu, 22 Mei 2013

1 hari lagi ke Guangzhou

1 hari lagi kami akan ke Guangzhou. Semua dah siap packing duit pun dah tukar. Ala bukannya bawa banyak baju pun cukupla 2,3 helai je. Dah kata nak gi shopping tak payahla nak bawa banyak baju. Tak sabar nak tunggu besok nak kenal negara orang. Buat masa ni perasaan dah ada kat airport. Malam tadi dah tak lena tidur mood bercuti.

Mmm layan aje laaar...

Mmm semenjak Adib dah pandai tengok tv ni Ummi terpaksa menjadi peminat cerita kartun. Siang malam tengok kartun. Kadang2 tu berdoa dalam hati cepatla Adib tidor jap lagi nak tengok rancangan aku pulak. Husband ada cakap nak beli tv lain. Tapi ummi tak setuju sbbnya bila tengok tv sama2 akan merapatkan hubungan keluarga bila dia tanya kami macam2. Cumanya kami kena berkorbanla sikit.

Isnin, 20 Mei 2013

Sedihnya nak tinggal Adam

Tinggal 3 harillagi kami bertiga akan ke Guangzhou. Adam kami tak bawa sekali sebabnya kami risau tentang kesihatan Adam. Yala kat sana iklim tak sama macam Malaysia, lagipun Adam kecik lagi. Risaula takut balik nanti demam. Sedihla nak tinggal adam semenjak lahir tak pernah berpisah dengan Ummi macamana la nanti. Walaupun pergi tak lama tapi hati jadi tak keruan. Tak nangis ke nanti kalau tinggal kat mak cik dia. Arghhh macam-macam yang bermain difikiran saat ini. Harap-semuanya berjalan lancar

Makan-makan dengan family

Malam tadi kita orang makan besar sikit restoran nelayan titiwangsa gombak. Dulu restoran ni kat titiwangsa sekarang ni dah pindah ke gombak. Tempatnya memangla class sesuai untuk function, kenduri kawin pon boleh. Malam tadi kita orang makan buffet RM29 seorang untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Okla sebab ada ketam dan sotong memang puasla kita orang makan malam tadi. Kat sini Ummi nak kongsi gambar yang sempat kita snap malam tadi

Ahad, 19 Mei 2013

Jumaat, 17 Mei 2013

Tips penjagaan tayar

Penutup injap tayar walaupun kecil sangat berguna. Injap tayar yang digunakan untuk mengisi angin mesti sentiasa tertutup bagi mengelakkan batu atau bahan-bahan lain merosakkanya sekaligus menyebabkan angin keluar. Sekiranya anda nampak injap tersebut dah merekah itu bermakna sudah tiba masanya ia ditukar.

Kira undi menggunakan syiling

Bagi mengatasi masalah pengiraan
undi calon dato' bandar Filipina yang sama banyak, pihak SPR Filipina telah mengadakan balingan syiling bagi menentukan kemenangan calon yang bertanding. Cara tersebut telah mendapat persetujuan calon yang bertanding. Manakala pihak lawan yang kalah nenerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Rezeki tengahari ini

Syukur hari ni dapat makan. Makan megi pun jadila. Pagi tadi dah ngap nasi kerabu biru. Pagi-pagi dah cari nasi lapar tahap gaban pagi tadi maklumla semalam berbuka dengan bihun je mana tak kebulur. So tengahari ni makan megi ajela sbb dah makan nasi pagi tadi. Syukur tau ada selera juga nak makam megi. Macamana kalau Allah tarik nikmat makan megi pun tak dapat nak merasa tau. Syukur rezeki hari ini
Breakfast pagi tadi
 
Megi Sup 

 
Menu kami bertiga 

 
Kawan Ummi yang tengah kontrol makan

Sapu sampai licin 

Guangzhou oh guangzhou!!!!

Hai 7 hari lagi kami sekeluarga akan ke Guangzhou. Perasaan kami masa ni sangat-sangat teruja. Tapi tak buat apa-apa persiapan pun lagi.  Duit belum tukar lagi, barang belum packing lagi, beg troli nak g shopping tak cari lagi. Mmmmm sempat ke nak buat persiapan ni. Apa keperluan nak bawa ke sana pun tak buat lagi. Cuma sekarang  ni ada Passport dan Visa je. Macamana ni...

Rabu, 15 Mei 2013

Bukan Adib Yang Salah

Di suatu bilik yang kecil berukuran lebih kurang 2 X 2 meter (tak ukur) yang dikenali bilik air, kelihatan seorang kanak-kanak sedang leka bermain sabun mandi. Habis satu bilik air dimandikan dan disabunnya. Tiba-tiba ibunya datang dan memarahi kanak-kanak tersebut kerana bermain sabun. Dialognya seperti berikut:-

Ummi : Oooo main sabun ye, patutla cepat je sabun habis.

Adib: Ummi, jangan marah Adib, bukan Adib yang salah. Kenapa Ummi letak kat bawah adib mainla sabun.   Kalau Ummi letak atas Adib tak main.

Ummi : (mmm betul juga, lain kali kena letak tinggi-tinggi)

Itula Ummi Banyak Sangat Main

Pada suatu malam yang tak berapa sunyi kerana dicemari bunyi kereta yang lalu-lalang, kelihatan seorang wanita sedang duduk bersimpuh di atas sejadah menunggu masuknya waktu isyak. Wanita itu kelihatan tersenguk-senguk menahan mengantuk. Tiba-tiba seorang kanak-kanak berusia 3 tahun  datang menerpa sambil duduk atas riba wanita itu sambil berkata:-

Adib : Ummi janganla tidur lagi Adib tak de kawan.

Ummi : Ummi ngantukla penat

Adib : Haaa itula Ummi banyak sangat main tadi, kan Adib dah cakap jangan banyak main tapi tak dengar.

Ummi : ????? (ulang balik ayat Ummi)

Selasa, 14 Mei 2013

Bila Tayar Kereta Perlu Ditukar?


Disini Ummi nak kongsi tips untuk mengetahui samada bunga tayar kereta  kita masih berfungsi atau tidak. Kalau nak tau biasanya setiap tayar mempunyai penanda untuk menentukan samada bunga tayar tersebut masih boleh digunakan ataupun tidak. Penanda ini terletak di dalam alur bunga tayar dan biasanya berbentuk garisan. Apabila bunga tayar sudah rata dengan penanda tersebut maka sudah tiba masanya tayar tersebut ditukar dengan yang baru.

Isnin, 13 Mei 2013

I LOVE UMMI

Balik opis semalam tiba-tiba je Adib berlari memeluk dan mencium Ummi. Suspen juga ni kenapa Adib rindu sangat dengan ibunya ni? Lepas tu Adib ambil beg sekolahnya sambil berkata Adib ada lif untuk Ummi. Apa benda lif tu? Rupanya love sempena hari Ibu semalam. Terharunya.......

Sabtu, 11 Mei 2013

Ooo Patutla!!!!!

Ooo patutla rumah asyik bersepah je. Ummi tau sapa punya kerja. Rupanya kerja dua bradik ni Adib & Adam. Sebelum ni puas Ummi fikir sapa punya kerja. Tak pe lepas ni Ummi tangkap dia orang ni.

Oh Pemanggang Ajaib

Setiap kali tengok rancangan pelik tapi sedap kat TV1 mesti teringat kat pemanggang ajaib yang Ummi cari selama ini. Macam best je boleh masak macam-macam terutamanya yang bakar-bakar. Sebenarnya ummi cari pemanggang ni dari masa pregnant kat adam sampai sekarang tak dapat-dapat. Masa tu bulan puasa semua kedai Ummi pegi tapi habis stok. Sekarang ni Adam dah umur 8 bulan. Bayangkanlah dah lama ummi cari. Nasib baik air liur tak meleleh je sebab jempunan makanan dalam kuali ajaib. Kalau tak Adam kena jilatla pemanggang ajaib tu orang tua kata petua untuk menghilangkan air liur yang meleleh tu. Orang kata kat Langkawi banyak dan murah. Insya Allah bulan November ni sampaila kita orang ke sana. Tiket dah booking.

Jual isi ke kotak?

Eh jual isi ke kotak ni? Bila tengok kotak tu macam banyak isi. Ingat bolela makan puas sekali bila buka kotak tu alahai ciput je isinya rupanya kotak je besar. Kalau tau macam ni Ummi cakap je dengan tokey tu tak nak kotak  buat macam Mr. Bean boleh ke?

Selamat Hari Ibu

Selamat Hati Ibu Ummi ucapkan kepada semua wanita yang bergelar ibu tak kira jauh atau dekat, bangsa apa pun. Ingatla tanpa ibu takkan ada kita di dunia ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Patutla syurga terletak dibawah kaki ibu kerana ibu telah banyak berkorban untuk membesarkan kita. Ibulah juga yang mengandungkan kita selama 9 bulan dengan membawa kandungan yang berat itu dimana-mana dengan menghadapi kesukaran untuk berjalan,duduk dan tidur. Kemudian ibu mengalami kesakitan semasa bersalin dengan bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Lepas tu terpaksa berpantang makanan yang disukai selepas bersalin. Kalau kita sakit ibula juga yang akan berjaga malam untuk menjaga kita. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu ayuhla segera memohon maaf dan memeluk ibu jika ada berbuat salah dengan ibu. Jangan sampai kita kempunan untuk memeluk ibu selepas beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya.
Selamat Hari Ibu

Khamis, 9 Mei 2013

Breakfast pagi ni

Ini je sarapan Ummi dan Adib pagi ni. Kalau tengok pada gambar tu macam tak bagus je suma manis-manis tapi tak pela sekali sekala pas tu minum air putih banyak - banyak

Bila Adam & Adib lapar

Macam ni la reaksi diaorang bila lapar susu masa tidur. Senang je nak tau diaorang lapar ke tak. Letak je tangan kat mulut kalau tangkap tangan kita tu tandanya lapar. Ala macam ikan tangkap umpan. Mulut nganga-nganga macam anak burung. Kadang tu saja je ummi main-main botol susu tu tolak-tarik pas tu mesti Adib akan ikut botol susu tu. Tapi kalau Adam tak boleh buat macam tu mesti nangis

Biskut Jagung

Sebenarnya biskut ni kegemaran kita orang satu ofis ni terutamanya boss. Memandangkan Ummi tak tau apa yang nak dibeli untuk kawan-kawan ofis so ummi belila biskut ni untuk diaorang. Kebetulan tadi ada kawan Ummi cadangkan beli biskut guna duit tabung. Biskut ni Ummi belanja sempena hari Jumaat. Baik hati tak Ummi? ( hai masuk bakul angkat sendiri nampak)

Semangat berkobar- kobar nak buat kuih

Pagi tadi Ummi tengok entri Ucu Faridah pasal sheperd's pie. Mmm sedapnya tengok dalam gambar tu. Tiba-tiba je bersemangat nak buat kuih weekend ni. Balik opis tadi terus beli bahan buat kuih. Hajat dihati nak buat donut & pai Adib memang suka donut ummi pulak suka makanan yang berasaskan kentang. Tapi ini hanya perancangan sahaja tak taula jadi ke tidak. Kalau jadi Ummi share ye.

Selasa, 7 Mei 2013

Bawah jambatan pun boleh buat bisnes

Tengokla kat bandar besar macam KL ni semua sudut adalah bernilai. Tengokla bawah fly over pun boleh buat bisnes cuci kereta. Berderet- deret kereta datang tak menang tangan si pencuci kereta tu. Tak payah buat bangunan cukupla bawah jambatan. Satu kereta RM10 kalau dah berederet-deret macam ni kira la sendiri berapa RM sehari masyuk. Kalaula Ummi ada bisnes macam ni best juga. Modal sikit untung besar. Masalahnya Ummi dok sibuk nak kira pendapatan orang lain je bisnes sendiri entah bila nak jalan ni. Rasanya nak bisnes apa erk yang modal kecik tapi untung besar. Tolong fikir-fikir untuk Ummi ye.

Nak cuci ke tak nak? tapi comot

Inilah jadinya kalau perjalanan jauh dalam hujan pulak tu tak sanggup nak tengok kuda hitam tu comot sangat. Tapi masa gi keje pagi tadi Ummi naik je kuda tu rasa macam semua orang ngumpat ummi je. Tak boleh jadi nak cuci sendiri macam malas & tak larat pulak tambah- tambah hari kerja. Nak gi kedai tak sempat pula. Dalam dilema ni nak cuci ke tak nak ni?

Ahad, 5 Mei 2013

Wana-warni Pilihanraya

Selamat mengundi untuk semua yang layak mengundi. Suasana mengundi di Kelantan sangat2 meriah tak menyesal balik kampung mengundi. Di sini Ummi nak share beberapa gambar yang sempat Ummi tangkap meriah sangat