Halaman

Rabu, 1 Mei 2013

Kurma Melembutkan Daging Secara Berkhasiat


Mungkin sebelum ni merungut setiap kali memasak daging kerana mengambil masa yang lama untuk empuk. Ada yang masukkan sudu atau tempurung kelapa, ada juga yang masukkan panadol. Tetapi semua itu tidak memberi apa-apa khasiat.

Hari ini Ummi nak kongsi petua melembutkan daging yang berkhasiat dengan korang suma. Caranya  hanya masakkan beberapa biji buah kurma bersama daging sehingga empuk. Buah kurma bukan sahaja dapat melembutkan daging dengan cepat tetapi gulai yang kita masak akan rasa manis asli dan lemak terutama kalau masak kari atau rendang.

Selamat mencuba...