Halaman

Selasa, 25 Jun 2013

syukur Alhamdulillah

Syukur pada Allah akhirnya hujan turun. Patutla cuaca gelap je mcm dah malam rupanya nak hujan. Harap2 jerebu berkurang la ye.

Isnin, 24 Jun 2013

Ye ye Ummi dapat hadiah dari M.Zul


Hari tu Ummi ada jawab teka teki yang dikelolakan oleh M. Zul fadly Othman
 


Ummi cuba nasib jawab tapi betul jawapan ummi bagi. Hari ni ummi dah dapat hadiah jawab teka-teki tu. Hadiahnya adalah.... jeng..jeng seperti di bawah..







Khamis, 20 Jun 2013

Syukur Adam Dah Sihat

Hari ni genap 3 hari Adam kat Hospital. Syukur adam dah sihat, dah boleh main2. Alhamdulillah hari ni dah boleh discaj. Yuhu dah boleh balik rumah. Tak ada sesiapa pon yang seronok tidur di hospital.

Menu Hospital

Bila dok spital inila menu yang dihidangkan untuk pesakit dan penjaga kanak-kanak. Walaupun menunya takla spesel mana bak hotel 5 bintang tapi kita kena bersyukur kerana masih ada selera untuk menjamah makananan tersebut. Bayangkan kalau Allah tarik selera kita masa tu bawala pegi makan kat restoran 7 bintang sekali pon mesti tak ada selera nak makan. Apa pun Ummi sangat bersyukur kerana masih menjadi warga sihat.

Adam rindu kat abang long

Tak sangka budak kecil macam adam pun tau rindu kat abang dia. Nampak je abang long adib terus lompat2 senyum. Abang long pon rindu juga dengan adiknya. Bila abang long dah dekat terus adam baring atas riba abang long sambil nyusu abang long pon tahan je. Sweet sangat.

Adam dah sihat

syukur alhamdulillah adam dah sihat dah stat main

Rabu, 19 Jun 2013

Darah Adam tercemar

Pukul 8pagi tadi Doktor ambil darah Adam. Mulanya terus nak buat line untuk masukkan antibiotik tapi disebabkan adam meronta-ronta lebih kuat dari nurse tak jadi pasang line. Doktor sahkan darah adam ada menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Selasa, 18 Jun 2013

Sah Adam masuk wad

Semalam amik cuti jaga adam. Nasib baik tak hantar nursery demam tak kebah-kebah walaupun dah bagi ubat. Tak nak main langsung. Malam tu ummi tengok Adam sangat gelisah suma tak kena menonggeng,meniarap ,telentang macam2 tapi tak boleh tidur sian sangat. Lebih kurang pukul 12.30 mlm ummi bawa adam ke HKL cek suhu 39.8 °c. Dr suruh xray rupanya ada jangkitan di paru-paru. Lepas tu terpaksala kena tahan wad. Pukul 5 pagi baru dapat katil. Bayangkan semalaman adam tak tidur.

Isnin, 17 Jun 2013

Adam demam lagi

Sian adam demam lagi hari ni. Bangun pagi tadi ummi tengok badan adam panas pas tu bagi ubat okla kedian ummi g keje macam biasa. Call baby sitter ktnya badan panas tapi dah bagi ubat. Balik rumah ummi tengok adam dah lembik tak buka mata. Terus gi klinik suhu badan 39. Dr terus masukkan ubat ikut bontot & cairkan kahak. Baru lega bila ummi tengok adam dah mula.buka mata & senyum

Ahad, 16 Jun 2013

Cium ketiak suami rawat tekanan

Saja nak kongsi, tadi ummi ada terbaca artical dalam BH cium ketiak suami mampu merawat tekanan. Ho ho seronokla kaum lelaki tu.... Boleh rawat tekanan isteri dengan bau ketiak tak pskai duit. Bagi isteri- isteri tu apa lagi ciumla ketiak suami tu banyak-banyak nanti dapat pahala. Tapi bagi ummi ubat stress yang paling mujarab bagi wanita adalah bercuti dan shopping. Jangan mare ye encik suami.

Happy father's day

Selamat hari bapa untuk suamiku. Hari ummi belanja mee sizzling je menu kegemaran suami. Semoga menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab

Sabtu, 15 Jun 2013

Sorang pun jadi

Sian adib main sorang2 sepupunya balik kg. Adam pula kecil lg. Macam nila aktiviti kita orang hujung minggu.

Jumaat, 14 Jun 2013

Bila suami kaki pancing

Kadang-kadang pening juga kepala kalau suami dah gian mancing ni. Biasanya balik rumah suami dah ada tapi sekarang ni selalu je balik lewat bila call katanya mancing. Balik rumah dah 9malam biasanya adala bawa balik sekor dua ikan. Tengokla dalam freezer tu penuh dengan ikan anggaran 1kg++ setiap ekor. Masalahnya semua ikan siakap dah tak tau nak masak apa muka pon dah macam siakap.

Doa untuk mengelakkan gangguan makhluk halus

Hari ini ummi nak kongsi doa untuk menghindarkan gangguan makhluk halus sangat mudah dan ayat yang kita amalkan hari-hari.


Kalau amalkan setiap pagi dan malam insha Allah kita akan terpelihara daripada gangguan makhluk halus dan terpelihara daripada segala malapetaka.

Doanya adalah seperti berikut:-



1-AL-Fatihah x1
2-3Qul x1
3-Ayat Qursi x1
4-Doa Nabi Yunus x7

Zikir Doa Nabi Yunus-Alanbiya 21:87

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Selasa, 11 Jun 2013

Tips memilih beg tangan mengikut bentuk tubuh

 Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya mesti kaum wanita sibuk mencari handbag yang akan digayakan pada syawal nanti. Hari ini Ummi nak kongsi tips untuk memilih beg tangan yang sesuai dengan korang barula nampak bergaya dan awesome syawal nanti apa lagi bacalah tip-tips kat bawah ni.


1. Tubuh kecil molek
  • Jangan sesekali cuba menggayakan beg tangan bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil
  • Beg berbentuk buat atau ala buat sesuai untuk anda
2.  Bentuk tubuh jenis jam gelas
  • Beberapa perkara harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna.
  • Fabrik kulit, warna hitam dan putih adalah yang paling sesuai
  • Saiz sederhana, lebar,membujur dan sandang untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
3. Bentuk tubuh jenis epal
  • Gunakan beg tangan yang tergantung pada paras pinggang seperti beg silang atau bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan pada tubuh anda
  • Beg tangan bertali panjang sedikit sesuai untuk mengelakkan badan nampak telalu penuh dibahagian atas. Dengan tali sedikit, ia dapat menutupi bahagian atas yang besar dari yang bawah
4. Bentu tubuh jenis pear
  • Potongan tubuh akan besar dibahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil dibahagian dada
  • Untuk mengalih perhatian kebahagian atas, beg tangan bertali pendek sesuai untuk anda 
  • Beg bertali pendek melindungi dada anda yabng kecil dan memberikan keseimbangan pada bentuk badan

Isnin, 10 Jun 2013

Jalan dah mula sesak

Setelah dua minggu kita menikmati suasana jalan yang lancar hari ini bermula la episod jem bagi warga kota. Kalau sebelum ni pukul 6.30 ummi dah sampai rumah tapi petang tadi 7.15 baru sampai rumah. Stressss giler

Khamis, 6 Jun 2013

Mmm budak zaman sekarang

Mmm macam ni la fenomena sekarang. Kebanyakan budak zaman sekarang masing-masing dah ada gajet sendiri.  Tengok adib tengah syok main game sampai tak sedar orang ambil gambar.  Ingat kita kecil dulu mana ada gajet. Sebenarnya tab tu Ummi terpaksa beli untuk adib sebabnya selalu kacau handphone ummi.

Selasa, 4 Jun 2013

Pengamal media sosial mesti mempunyai lesen

Oppssss jangan panik dengan tajuk tu. Pagi tadi masa ummi g keje sempat dengat berita jam 8pagi. Biasanya pagi2 ummi dengar radio nasional byk info terkini kadang tu layan juga radio lain. Menteri suruhanjaya komunikasi yang baru mencadangkan supaya semua pengamal media mesti mempunyai lesen bagi mengelakkan pengamal media menyiarkan berita yang tidak benar yang akan mempengaruhi pengguna media sosial yang lain. Katanya banyak berita yang disiarkan dalam laman sosial sekarang ni adalah palsu. Apapun itulah hanyalah perancangan sahaja banyak kajian yang perlu dibuat. Kalau betul bermakna para pengguna sosial mesti mempunyai lesen untuk bermedia sosial. Agak-agak berapa RM untuk setahun ye? Apa pendapat korang?

Adam masih demam

Kesian Adam masuk hari ni dah 4hari dia demam. So ummi terpaksa ambil cuti tak sampai hati nak hantar nursery. Asyik merengek je. Agaknya nak tumbuh gigi kot sbbnya umi nampak mcm ada putih je kt gusi dia. Ke nak berjalan. Kata orang-orang tua kalau baby demam biasanya nak dapat sesuatu. Harap2 macam tu la xpayah nak dukung lagi bolehla cari kasut baru.