Halaman

Selasa, 11 Jun 2013

Tips memilih beg tangan mengikut bentuk tubuh

 Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya mesti kaum wanita sibuk mencari handbag yang akan digayakan pada syawal nanti. Hari ini Ummi nak kongsi tips untuk memilih beg tangan yang sesuai dengan korang barula nampak bergaya dan awesome syawal nanti apa lagi bacalah tip-tips kat bawah ni.


1. Tubuh kecil molek
  • Jangan sesekali cuba menggayakan beg tangan bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil
  • Beg berbentuk buat atau ala buat sesuai untuk anda
2.  Bentuk tubuh jenis jam gelas
  • Beberapa perkara harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna.
  • Fabrik kulit, warna hitam dan putih adalah yang paling sesuai
  • Saiz sederhana, lebar,membujur dan sandang untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
3. Bentuk tubuh jenis epal
  • Gunakan beg tangan yang tergantung pada paras pinggang seperti beg silang atau bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan pada tubuh anda
  • Beg tangan bertali panjang sedikit sesuai untuk mengelakkan badan nampak telalu penuh dibahagian atas. Dengan tali sedikit, ia dapat menutupi bahagian atas yang besar dari yang bawah
4. Bentu tubuh jenis pear
  • Potongan tubuh akan besar dibahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil dibahagian dada
  • Untuk mengalih perhatian kebahagian atas, beg tangan bertali pendek sesuai untuk anda 
  • Beg bertali pendek melindungi dada anda yabng kecil dan memberikan keseimbangan pada bentuk badan