Halaman

Rabu, 31 Julai 2013

Bila ngantuk tahap gaban


Mmmmh uwahh ngantoknya lambatnya nak rehat stress ngantok tahap gaban ni. Mmmm macam nila agaknya perasaan orang yang tengah ngantok kan? dalam hati dan perasaan ingat nak tido je kan? Macam sama je dengan Ummi . Jangan tak tau dalam keadaan macam ni pernah ada orang tersengguk kat meja sampai terhantuk tapi tak sampai hatila pula nak siar gambar nye. Dahla puasa kalau tak puasa bolehla pekena kopi ke apa ke.  Tiba-tiba je teringat kat kopi panas.  Mmmmm sedapnya slurrrrrppp.....




                                                  


Bila Adam mula lasak

Sejak Adam mula lasak ni rumah Ummi dah macam tongkang pecah barang2 hiasan dah tak boleh nak berhias macam dulu. Pantang nampak barang mesti panjat contohnya macam tutup saji ni. Siap panjat dan golek2 punggung lagi atas tu kita yang risau takut jatuh.

Salah satu sebab lama tak update blog

Rasanya bulan puasa ni jarang Ummi update blog salah satu sebabnya adalah sentiasa dilanda sindrom mengantuk. Bukannya apa akhir-akhir ni ummi senang sangat senang tidor tak ade masalah Insomnia yang selalu dialami oleh orang lain. Mungkin sebab tidor lambat bangun awal kot. Dapat tidor macam dalam gambar tu pon jadila ye kalau dah penat. he he he


Misi menjahit baju telah bermula

Assalamualaikum. Minta maafla banyak2 dah lama update entry. Sibuk dengan misi menjahit. Kononya nak jahit sendiri baju melayu Adib & Adam & suami. Untuk Ummi dah ada tapi sehelai je ingat nak tambah lagi sepasang tapi tak taula sempat ke tak. Kain untuk buat baju dah beli kat KAMDAR hari tu.Dah siap Ummi share ye.

Jumaat, 26 Julai 2013

Rezeki pulut kuning

Ummi baru je balik dari Jalan TAR konon2 beli barang- untuk menjahit. Umat manusia punyala ramai sampai berselisih bahu nak berjalan. Hari ni g dengan LRT je. Sampai je opis tengah2 penat tiba2 ada orang  bagi pulut kuning. Dah dapat pulut tu hilang segala penat jalan kaki g KL tadi.

Selasa, 23 Julai 2013

Mesin jahit kesayanganku merajuk

Tak lama lagi umat islam dah nak raya. Masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Ada yang sibuk buat kuih ada yang sibuk menjahit. Ummi pun tumpang bizi juga la mencari kawan lama iaitu mesin jahit. Sebenarnya mesin jahit ni dah lama Ummi beli tapi dah lama tak amik kesah sian dia dah lama terbiar. Entah kenapa semenjak dua menjak ni rasa macam nak menjahit la pula. Ingatkan orang je merajuk rupanya mesin jahit pon merajuk.  Baru je Ummi nak test dah tak mau jalan dia asyik benang putus je. Masa bawa gi repair hari tu mekanik kedai singer cakap mesin ni bukan rosak tapi lama tak guna sebab tu jadi macam tu. Lepas bayar RM60 untuk service baru la mesin tu boleh guna. baru Ummi tau rupanya mesin jahit pon kena service macam kereta juga kalau tak jadi jem.

Dugaan Hari ke-15 Ramadhan

Hari ni konon-konon bangun awal hari ni untuk sahur sekali masa tengah panaskan nasi & goreng telur gas habis daaa... Kesian kita orang mkn telur mata dengan kicap je. Nasib baik ada serunding adala juga lauk lain

Bubur Lambok Cheras

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke-14 kita berpuasa. Kat ofis Ummi hari ni ada program mengacau bubur lambuk beramai2. So dapatla kita orang merasa bubur lambok walaupun bukan dari kampong baru. Syukurla orang panggil bubur lambok juga ye dak? Memandangkan Ummi hanya tolong menyibuk je tapi langsung tak tolong so dapatla sebungkus je. okla dapat juga merasa bolehla buat berbuka hari ni.

Isnin, 22 Julai 2013

Bila bajet ciput

Memandangkan tak lama lg nak raya semua orang sibuk nak cari baju baru yang dah tempah tu okla selamat. Bagi yang bajet lebih + body cantik tak de masalah pegi je butik sarung je. Tapi bagi Ummi yang bajet ciput ni manala mampu nak g butik. So alternatifnya jahitla sendiri. Sebenarnya Ummi dah tempah baju raya tapi sepasang je mana cukup. Hajatnya nak jahit sendiri yang extra tu. Sekarang ni ada kain tapi tak ada tukang jahit. Google punya google jumpala cara jahitan baju yang berkenan dihati iaitu baju kurung moden. Ewah2 semangat je nak jahit baju sendiri. Apa pon dah jadi baju nanti ummi share ye kalau takde dlm blog ummi tu tandanya tak jadi baju la ye. He he

Sabtu, 20 Julai 2013

Kerabu sare

Inilah menu utama untuk kami berbuka pada hari ke-11. Syukur dapat juga makan menu kelate terutamanya kerabu sare. Menu ni tak miss hari-hari mesti beli. Mmm sedap mesti cuba

Ahad, 7 Julai 2013

Oooh selesanya

selepas beberapa kali meronta tak nak di pegang akhirnya Adam jumpa tempat yang paling selesa. Ok Adam disini jangan sesiapa nak ganggu ok.