Halaman

Rabu, 28 Ogos 2013

Duit Raya TUDM

Tak sia sia g open house TUDM siap dapat duit raya lagi satu untuk adib satu untuk adam. Bukan senang nak dapat ni. Taun depan datang lagi la

Open House TUDM

Malam ni ummi dijemput untuk hadir open house TUDM. Seronok juga suasana meriah tapi santai. Insya Allah kalau dijemput tahun depan nak join lagi.

Ahad, 25 Ogos 2013

Adam dengan kasut baru rekaan Ummi

Seronok tengok Adam dengan kasut barunya yang direka oleh ummi. Nampaknya Adam suka pakai kasut tu tengokla tidur lena sampai meloponh mulutnya.

Sabtu, 24 Ogos 2013

D.I.Y Baby shoe boy

Semalam sepatutnya ummi pegi kenduri kawan ummi yang dapat menantu tapi terpaksa cancel sebab tiba2 husband kena duty. Sebsb tak ada nak buat apa2 semalam so ummi reka kasut untuk adam. Alhamdulillah cubaan pertama berjaya ngam2 dengan Adam. Inilah dia kasut Adam

Rabu, 21 Ogos 2013

Headband Metallica

Malam tadi berlangsungnya konsert Metallica di Stadium Merdeka tapi Ummi tak pegi pon. Walaupon Ummi tak pergi tapi dapat juga headband Metallica tau. Ada insan yang baik hati iaitu uncle gedek yang kasi kat husband Ummi yang peminat tegar Metallica tu. Sebenarnya hubby teringin juga nak tengok live konsert Metallica malam tadi hubby tapi tak dapat pegi  sebab tak dapat restu isteri. Apapon terima kasih banyak buat uncle gedek yang baik hati tu.

Umur Adam dah setahun

Hari ni genap setahun umur Adam. Tak ada apa yang Ummi harapkan melainkan supaya anak-anak Ummi menjadi anak yang soleh dan hormat kepada ibubapa dan orang tua. Sempena genap umur Adam yang ke setahun Ummi bagila gift yang tak seberapa pada kawan2nya tanda kesyukuran. Yala nak beli kek pon bukanya dia pandai nak tiup lilin takut terjun dalam kek je. Apa pun syukur pada Allah umur Adam dah setahun

Hari Raya ke-3

Hari ni dah raya ketiga baru sempat nak update blog. Hari ni pegi rumah mertua pula di pasir mas. nampak gayanya jalan Machang Kuala Krai macam dah mula sesak.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Tak perlu Pemanggang Ajaib

Sebenarnya dah lama Ummi cari beli pemanggang ajaib tapi sampai sekarang masih tak beli lagi. Hari tu borak pasal ikan bakar dgn kawan ofis. Kawan cakap tak payah pakai pemanggang guna je aluminium foil. Oh ya ke? Terus g cari ikan kat Segi dan bakar guna foil. Hasilnya mmm sedap mcam guna pemanggang ajaib juga.

Khamis, 1 Ogos 2013

Bahagiamu Deritaku


Uols pernah tak dengan lagu ni yang dinyanyikan oleh Hafiz Af tu. Setiap kali Ummi dengar lagu ni mesti Ummi teringat kisah lama. Macam lagu ni ditujukan untuk Ummi je. Bila dengar lagu ni hati jadi sayu je mesti kenangan tu datang balik .Lama buang masa last-last dipermainkan. Wahh jiwang juga Ummi ni ye tapi itu kisah lama yang dah masuk muzium sekarang ni Ummi kena hargai dan syukuri apa yang telah sah dan halal menjadi milik Ummi. Ummi bahagia dengan keadaan sekarang.Ada pepatah yang mengatakan tak semestinya akan merasa bahagia apabila kita memiliki sesuatu yang kita sangat harapkan apabila kita memilikinya nanti. Sebagai contoh kita sangat mengharapkan seseorang itu menjadi pasangan hidup kita kerana handsome atau kaya walhal orang tersebut sikit pon tak ada perasaan pada kita adakah kita rasa bahagia bila berkahwin dengan pasangan yang langsung tak ambil endah pasal kita. Oleh itu sama-samala kita hayati lagu ini ye.

Lirik Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya

[*] Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

[**] Tinggalkan ku perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu
Repeat [*] & [**]
Bersamamu…
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu


Cabaran-cabaran semasa menjahit

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menjahit adalah Adam suka duduk atas kain. Masa ni dah pukul 2 pagi tau. Sabor ajela. Dodoi punya dodoi tak nak tido juga alih-alih Ummi yang tidor.

Misi menjahit telah bermula

Misi menjahit telah bermula . Baju pertama yang dijahit adalah baju Adam. Dalam keadaan yang penuh mencabar tu siapla baju Adam sepasang Adib belum lagi. Insya Allah minggu ni baju Adib siap.

Tudung ala Fareeda

Malam tadi Ummi g booth adik kat Maju Junction dalam pukul 10.00 mlm kot orang punyala ramai . Mula nak beli tudung 3layer untuk raya tapi bila adik dah tunjuk tudung terbaru ala Fareeda tu terus amik dua. Hajat dihati nak buat raya tapi tak sabarla pulak terus pakai gi keje hari. Cantik tak kak ton?