Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Aku kecewa lagi

Semalam aku ada cerita yang frust sebab tak jadi pegi Langkawi sebab hubby induksi kan? Rupanya hari ni aku kecewa lagi.  Kisahnya selepas aku kecewa tak dapat pegi Langkawi tu kakak ipar aku ajakla g jln2 tempat lain sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ni. Awalnya kitaorang plan nak ke Tambun lepas tu terus ke Penang tapi bila pikir takut jalan jem kita orang tukar plan ke Kuantan.

Aku ok je hubby aku lagi la ok maklumla nak test keta yang dia br tukar minggu lepas. Aku dah seronok ni dapat g jalan2 dah terbayang2 ikan,sotong,udang,ketam,keropok dan macam2 lagi seafood depan mata dah meleleh air liur ni.

Sekali masa balik rumah petang semalam hubby aku tanya betul ke kita nak gi jalan2 ni? Aku cakap betul la. Hubby aku pon cakap tau tak kita tak boleh pegi jalan weekend ni abang kena duty. Punyala kecewa aku dengar geram pon ada. Selalu je macam tu tak mampu aku nak senyum dek kecewa sangat.

Hubby aku pon pujukla aku nak buat macamana abang ni tentera kerja dengan orang nak buat macamana kenala terima walaupon pahit. Aku pon cakap yela nak buat macamana dah nasib jadi bini tentera. Sebenarnya walaupun aku cakap iyelah tapi malam tadi aku tidur dalam keadaan merajuk. Aku kecewa lagi asyik tak jadi je planning aku. Aku sertakan sekali duty schedule hubby aku

Keputusan ini sangat berat bagi aku...

Chewah macam sadis sangat kan??? Sebenarnya dah lama aku teringin nak pergi Langkawi. Kebetulan hari tu ada tiket promo firefly ke langkawi tiket untuk kami berempat hanya RM850 sahaja. Murah la kan so aku booking untuk aku 1 family dan kakak ipar aku semua sekali lebih kurang RM1850 untuk 9 orang. Booking masa tu 3 April 2013. Konon suprise tak nak hubby aku tau so aku pon plan la dengan kakak ipar. Tarikh kita orang pergi adalah pada 22 November hingga 24 November 2013. Aku punyala menghitung hari nak pegi sana tak sabar tunggu cuti sekolah bulan Nov ni.

Tup-tup semalam hubby aku dapat memo kena g induksi bermula 6 November sehingga 29 November bermakna tarikh ke Langkawi adalah sama dengan tarikh induksinya. Reaksinya dia tak bagi aku pergi ke Langkawi katanya tak payahla awak pergi nanti menyusahkan orang dahla nak bawa anak kecil awak pula tak sihat sangat tu kalau abang ada tak pe. Apapon dia bagi peluang untuk aku nak pergi ke tak nak sebabnya dah lama aku nak ke sana. Sungguh berat aku nak buat keputusan nak ikut kakak ipar aku atau tak sebabnya kalau aku ikut nanti aku tak larat nak layan kerenah Adam tu kalau tak ikut pulak burn tiket tu. Dahla dah buat semua persiapan untuk kesana bilik pon dah booking. Terkilan sangat.

Last-last dengan berat hati aku cakap dengan kakak ipar aku tak jadi ikut tak pela mungkin ada hikmah disebaliknya. Lepas ni aku tak nak dah rancang awal2 kalau nak g ke Langkawi. Sebenarnya ini dah kali kedua planning ke Langkawi tak jadi. Hari tu dah booking semua tiket flight dan hotel alih-alih kakak ipar aku kena pegi oversea so cancel ini dah kali kedua itu yang aku rasa terkilan sangat. Harap2 lepas ni aku dapatla pegi kesana. Kalau boleh aku tak nak pergi dengan kereta penat... Husband aku pon pujuk katanya nanti anak2 besar kita pegila ke sana sekarang anak2 kecik lagi susah nak jalan. aku pon redhala tak sedap juga kalau pegi hubby aku tak ikut.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Adib dan Adam yang kepenatan.

Memandangkan hari ni tak kemana2 kitaorang pegi makab kat Giant Batu Caves je. Adibla orang paling seronok main kat taman. Sekarang ni dua2 dah lentok penat main taman. Fuhhh lega dapat rest jap

Setelah sekian lama menyepi.

Assalamualaikum Apa khabar semua ? Minta maaf byk2 rasanya dah lama Ummi tak update blog ni kan? Bukan apa internet selalu je problem plus virus M jadila blog ni mcm ni tak berupdate. Hari ni boring tak tau nak buat apa brla rajin skit nak update blog. Orang lain suma balik kampung tapi umi kat rumah je tak boleh balik raya kat kampung lagi tahun ni Hubby keje tak pela berkhidmat untuk negara.