Halaman

Ahad, 22 Disember 2013

Adakah aku pembawa thalasemia?

Rasanya dah lama sangat Ummi tak update blog kan? Semenjak berbadan dua ni kemalasan mengatasi segalanya. Minggu lepas ummi buat checkup bulananan untuk pregnant. Biasala masalah darah Ummi kena checkup 2 minggu sekali.
Masa jumpa doktor hari tu dia tengok bacaan HB 10.1, MCV 77, MCH 25.3. Dia pon tanyala Ummi dialognya lebih kurang macam ni.

Dr: Mmg awak selalu macam ni ke kalau mengandung hb rendah?
Ummi: mmm memang pon dari ank pertama lg sampai anak ketiga.
Dr: Tapi saya tengok bacaan MCV & MCH rendah ni. Macam ada tak kena je.
Ummi : tak taula Dr agaknya pembawa kot sebabnya anak sulung saya thalesemia carrier.
Dr: ooo ya ke? Habis tu awak ada tak buat screen test darah sebelum ni sapa yang carrier awk atau husband.
Ummi : tak pernah buat Dr.
Dr: Astaghfirullah hal azim ( dengan nada mengucap panjang) awak berani ambil risiko utk anak awak ye. Awak tak tau ke penyakit ini akan mewarisi gent dan risiko kepada future generation awak tu tak boleh nak buat apa dah ini utk generasi awak. Dah mengandung tiga kali tapi tak pernah cek thalesemia dahla ank pertama ceaser berani sungguh awak. Kenapa awak tak cek? ......panjang lebar ceramah Dr.
Ummi:Sebab husband saya tak nak cek saya pon tak cekla. Lagipon saya tak paham sangat apa itu thalasemia dr tak cerita pon masa anak saya disahkan thalasemia carrier tu. Dr bg surat je utk cek darah tp tak cerita apa2 pon jsdi saya ignore ajels. Saya tau pasal penyakit ni pon lepas tanya Mr. Google. Habis tu macamana ni Dr.
Dr: tak boleh jadi ni hari isnin ni awak kena cek darah sebab simpton2 tu ada pada awak, cepat penat,MCV rendah,HB rendah pas tu anemia.
Dr. Ok erk hari isnin ni kena cek darah tak boleh tangguh2 untuk confirmkan thalasemia tu.

Lepas tu Dr pon terangkanlah serba ringkas pasal penyakit thalasemia tu. Katanya sekiranya pembawa + pembawa berkahwin risiko penyakit pada anak adalah
50% =sihat ,
25%=carrier,
25%=pesakit, yang ni kita takut.

Kalau pasangan pembawa + sihat risiko anak adalah
50% = sihat
50%=carrier

Jadi kita nak risiko cucu awak tu naik kepada 50-50 sihat atau pembawa sahaja.

So hari ni terpaksala ummi kena g klinik pagi2 lagi kalau tak jalan orang pon ramaila. Sample tu kena hantar ke HKL.