Halaman

Selasa, 17 November 2015

Cuba Tanam Pokok Mulberry

Sebenarnya dah lama sangat aku tak update blog. Biasala bila dah bertambah ahli keluarga ni bertambahla kerja aku. Bulan lepas aku ada terpandang group pasal peminat tanamann dalam FB tapi dah lupa group apa. aku pon terlihatla ada sorang tu dia hantar gambar pokok mulbery yang berbuah lebat siap buat jem lagi lepas tu nak bagi free je benih pokok cuma bayar pos je RM8. aku pon apa lagi terus PM. Biasanya orang jual kat nursery RM16 sepokok.


Contoh pokok mulberry yang aku google dalam internet.

Maka 2 hari kemudian aku pon terimala pokok tu ingat sikit je batang poko tapi banyak. Aku ni tak pernah tanam pokok tp kali ni rasa macam best pulak tgk pokoknya yang berbuah lebat. Aku n i dahla berkerja tak sempat nak tanam terus pokok tu. Apa yang aku buat letak dulu pokok tu dalam air kemudian baru semai dalam polibag. Harahp2 hidup suburla pokok ni boleh makan jem mulbery nanti.

Malam tadi mood rajin aku datang so aku pon semai la dalam polibag guna tanah yang aku belu kat TESCO RM2.5 utk 7liter. Ini pokok yang aku semai malam tadi.


Inila pokok yang aku semai malam td. Ada lagi yang aku tak semai tu masih dalam botol air.