Halaman

Sabtu, 17 September 2016

Bantal Hiasan

Assalamualaikum...

Dah lama tak bersiaran. Dah lama bercita2 nak buat bantal untuk ank2. Girangnya hati tak terkata. Sekarang ni masing2 dah ada bantal sendiri jd tak adala nak sepah2kan bantal lain.  Tara.... inila hasilnya

Ahad, 19 Jun 2016

Kasut Fabric dan Headband

Dah lama rasanya tak bersiaran. Blog tak update. Sekarang ni ummi busy dengan kerja2 kerastangan. asal Weekend je jahit baju atau jahit kasut baby. Kasut kat bawah ni hasil jahitan ummi semalam menggunakan fabric jeans. Tempahan kawan office.


Kasut baby untuk 0-6 bulan bersama headband.




Sempena bulan puasa ni ummi bermurah hari nak bagi gift kat kawan tu angpau purse. Sampul je duit tak ada pon.

Sape yang minat nak tempah kasut baby tu bolehla wassap ummi 019-2183408.

Isnin, 9 Mei 2016

Lelaki yang terbaik

Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang yang buat saya rasa sebak menangis. Tak dapat tahan sebak.

Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya nak bawa ibu saya ke syurga. Saya nak bawa isteri saya ke syurga. Saya nak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya nak bawa adik beradik saya ke syurga...

Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling macho. Lelaki paling owsem. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan Allah. Pegang dan takkan lepaskan tangan oranng yang kita sayang sampai melangkah masuk syurga.

Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah saw kejut isteri dan anaknya solat. Abu bakr ra ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah. Umar ra solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan Allah. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah saw seolah-olah tak kenal sesiapa. Allah no 1. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesarannya.

Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah.

Rasulullah saw sangat rajin di rumah. Pakaian urus sendiri, bantu siapkan makanan, dan jahit baju dan kasut sendiri. Tidak rasa geli bersihkan darah haid isteri. Lelaki macho rajin basuh berak anak. Khidmat isteri masa sakit. Ambil berat. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tak geli tengok darah isteri. Rajin khidmat ibubapa. Dan isteri. Abu bakr ra biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar. Umar ra pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main. Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan Allah. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya.

Hidupkan rumahtangga dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Kenalkan keluarga kepada kebesaran Allah. Sunnah Nabi saw. Dan kenalkan kepada keluarga Nabi saw dan Para Sahabah rhum.

Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik.

Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya. Adik beradik. Dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua.
#ebit lew

Khamis, 5 Mei 2016

Mini Hidroponik

Isnin lepas saya cuba beresperimen tanam sayur guna kaedah hidroponik. Guna barang terbuang je iaitu bekas minyak masak. Bahagian atas tanah bahagian bawah adalah air baja, harap2 hidup suburla pkok kangkung & sawi saya tu. Setakat ni  dah 4 hari saya tak siram tanah masih lembab.  Kalau menjadi saya akan share kaedah saya tu ye.

Rabu, 4 Mei 2016

Fabric shoe

Assalamualikum.
Rasanya dah lama saya tak update blog saya. Lebih setahun rasanya. Sekarang ni saya sibuk dengan hobi saya menjahit.
Ini adalah kasut yang saya buat sendiri tau seronok sangat bila tengok bersusun2 macam tu.
Yang ni saiz untuk 6 bulan. Berminat wassapla saya
019-2183408.